i'm searching for.........

Saturday, May 8, 2010

kejayaan mungkin milik kita

pengalaman mengajar kita erti kehidupan. kehidupan kadang kala tak seindah yang kita impikan. untuk mendapatkan sesuatu yang indah itu, banyak keperitan yang harus dilalui. pengalaman mengajar kita erti untuk lebih menghargai. kesusahan kadang kala mampu membuat kita tersungkur tanpa sempat merasai manisnya kejayaan. bukan semua orang mampu merasai nikmat kejayaan yang sebenarnya. hanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa erti kesusahan yang mampu menggapai kemanisan kejayaan.

kenapa terlalu cepat kita tersungkur. mengapa kita cuba menjadi kuat untuk sedikit masa saja lagi. mungkinkah jika kita terus bertahan kejayaan itu milik kita. kenapa terlalu cepat kita berhenti sedangkan kita hanya selangkah sahaja lagi menuju ke garisan penamat.

kata kata mungkin mudah untuk diungkap, tetapi mampukah kita untuk melaksanakannya. tanggungjawab adalah satu amanah yang terlalu berat.

biar apapun hidup harus diteruskan pengalaman tidak kiralah manis mahupun pahit menjadi sebahagian dari diri kita. pengalaman semalam ibarat panduan buat kita mencapai kejayaan di hari esok. setiap apa yang berlaku dan kita miliki amat bermakna walaupun kadang kala kita memandang ia sebagai sesuatu yang remeh.

nobody is a great everything but everybody is a something

Tuesday, April 13, 2010

part time.......misi baru bermula

misi baru bermula.........misi mencari kejer.....hahahahahah........banyak gak la yang aku pikir.....nak kejer apa ek.......memang nak kena cari kejer part time ni......skarang tgh pokai..maklumlah cuti.......duit rumah lagi, broadband lagi, bil tu letrik, bil air....macam macam lagilah.....tak cool lah kalau nak kena mintak dengan ma dan abah......baik kerjer dari duduk rumah buat taik mata dan habis kan beras......

ada la gak aku berangan nak kejer kat cafe ker kedai roti ker, kedai kek ker.....hahahahah....berangan lebih lebih......berangan jangan lebih lebih, sikit sikit cukup lah.....nanti berat tak larat nak pikul.........

fikirkan

Sering kali kita ni malu tak bertempat. Benda yang tak patut malu, kita malu. Tapi bila benda yang sepatutnya malu tak pernah pulak ada rasa segan silu bahkan rasa bangga la pulak. Sampaikan orang lain yang tolong malukan kita.

Cuba kita fikir, perlukah kita rasa malu kalau apa yang kita lakukan itu betul. Kenapa kita nak rasa malu. Perlukah kita rasa malu sekiranya apa yang kita lakukan bakal mengubah hidup kita dan mencipta kejayaan buat kita. Lainlah kalau kita tahu benda yang kita buat tu salah dan tidak bermoral. Yang tu memang patutlah rasa malu dan mintak mintaklah dijauhkan. Bukankah “berani kerana benar, takut kerana salah”. Selagi kita yakin kita dipihak yang benar teruskan. Andai dah memang nyata dan sah kita memang salah terimalah nasihat orang lain.

Diri kita ni kadang kadang ego tak bertempat. Susah nak terima nasihat orang. Jatuhlah maruah kita kalau tiba tiba ada orang menghampiri kita dan bagitahu yang kita ni salah. Tambahan pula orang tu pencapaian dia tak seberapa. Lainlah kalau orang tu kaya dan berpangkat . kenapa manusia ni memandang pangkat dan kekayaan seseorang. Adakah orang yang berpangkat dan kaya tu tak buat dosa dan salah. Tak ada orang yang sempurna dekat dunia ni. Jangan pandang rendah dekat orang lain, untung nasib seseorang ni Tuhan yang tentukan. Bukankah sekiranya kita menghina mereka yang kita rasakan lemah ataupun kurang upaya samalah seperti kita menghina ciptaan Tuhan yang maha agung.

Sanggupkah kita menanggung seksaan pedih api neraka disebabkan perbuatan kita. Time tu menyesal pun dah tak berguna. Sekiranya kita rasakan kita mampu menahan seksaan pedih api neraka teruskan dengan sikap sikap kita yang suka menghina orang. Tapi kalau kita tak berdaya nak bertahan cepat cepatlah bertaubat sementara masih berkesempatan. Ajal maut ditangan Tuhan. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin waktu tidur…..sorilah yer mati ni bukan nyer boleh tangguh tangguh macam kita ni yang suka bertangguh.

Saturday, April 10, 2010

surat khabar lama

hari ini dengan gumbira dan riang hatiny aku mengumunkan.......aku sudah jual paper lama......ingatkan boleh lah dapat 20 ke 30 ker.......rupa rupanya 5 ringgit jer....kedekut punya uncle......dah la banyak paper tu.......senang jer dia ukur......ukur pakai jari jer......knapa tak timbang uncle oiiiiiiii.........
ingatkan boleh lah melantak apa apa ker pakai duit tu......bayangkan 5 ringgit jer......huhuhu
apa apa pun hujung minggu yang boring.......ari ni main games jer......hehehehehehe......kurang asam......baca buku.......

Thursday, April 8, 2010

photo klasik aku

inilah insan terpenting dalam hidup aku. memperkenalkan.......ma dan abah. amboi romantik nyer......hheheheheeheheh......tak pe tak pe......makin tua makin romantik aku tengok


ni pulak gambar famili aku......tapi ada gak yang tak cukup......famili yang aku sayang....semua ada siti, che din , ain, kak na, anis.......



walamak ni zaman biler pulak ni......zaman sebelum merdeka ker......tapi cuba tengok selipar nyer tak kena langsung.....ni adik aku aus.......tunku abdul AUS



eh saper ni. menyibuk pulak dia. ini ler adik aku ipi. naik kapal jgn lupa bawak aku.......aku pon nak ikut....heheheheeh...tapi aku nak naik kapal persiaran bukan kapal minyak.



ini kalom aku. amboi sakan nyer main air tak ingat dunia. pegi tak bawak aku. siot betul. tak per ore ingat sampai esok........bak kata ain.


ini pulak kengkawan aku waktu spm dulu......sesama blajar kat smuapm.......ni time reunion. biler ler pulak kiter smua ni nak kumpul ramai ramai. semua dah busy. susah betul nak jumpa korang smua......

ingatan 1


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”

Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:

Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]

Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.

Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.

Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).

[2] Nukilan berpisah daripada Jami li Ahkam al-Qur’an, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 23 surah al-Isra’).

Wednesday, April 7, 2010

aku

semalam
hari ini
aku masih lagi bernyawa
syukur pada-Mu Tuhan
namun masih wujudkah hari esok untuk aku

Tuhan
aku banyak melakukan kesilapan
tak guna menyesal
perkara dah berlaku
apa patut aku lakukan
andai mampu aku putar kembali masa

Tuhan
aku membuat ramai orang marah
aku sedih
aku rasakan diri begitu tidak berguna
kalaulah aku mampu menjadi sebaik orang lain

Tuhan
adakah aku ini tidak tahu menghargai
hanya sedar apabila peluang di depan mata hilang
alangkah ruginya aku
tak guna kau bersedih