i'm searching for.........

Saturday, May 8, 2010

kejayaan mungkin milik kita

pengalaman mengajar kita erti kehidupan. kehidupan kadang kala tak seindah yang kita impikan. untuk mendapatkan sesuatu yang indah itu, banyak keperitan yang harus dilalui. pengalaman mengajar kita erti untuk lebih menghargai. kesusahan kadang kala mampu membuat kita tersungkur tanpa sempat merasai manisnya kejayaan. bukan semua orang mampu merasai nikmat kejayaan yang sebenarnya. hanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa erti kesusahan yang mampu menggapai kemanisan kejayaan.

kenapa terlalu cepat kita tersungkur. mengapa kita cuba menjadi kuat untuk sedikit masa saja lagi. mungkinkah jika kita terus bertahan kejayaan itu milik kita. kenapa terlalu cepat kita berhenti sedangkan kita hanya selangkah sahaja lagi menuju ke garisan penamat.

kata kata mungkin mudah untuk diungkap, tetapi mampukah kita untuk melaksanakannya. tanggungjawab adalah satu amanah yang terlalu berat.

biar apapun hidup harus diteruskan pengalaman tidak kiralah manis mahupun pahit menjadi sebahagian dari diri kita. pengalaman semalam ibarat panduan buat kita mencapai kejayaan di hari esok. setiap apa yang berlaku dan kita miliki amat bermakna walaupun kadang kala kita memandang ia sebagai sesuatu yang remeh.

nobody is a great everything but everybody is a something