i'm searching for.........

Saturday, May 8, 2010

kejayaan mungkin milik kita

pengalaman mengajar kita erti kehidupan. kehidupan kadang kala tak seindah yang kita impikan. untuk mendapatkan sesuatu yang indah itu, banyak keperitan yang harus dilalui. pengalaman mengajar kita erti untuk lebih menghargai. kesusahan kadang kala mampu membuat kita tersungkur tanpa sempat merasai manisnya kejayaan. bukan semua orang mampu merasai nikmat kejayaan yang sebenarnya. hanya yang tidak pernah mengenal erti putus asa erti kesusahan yang mampu menggapai kemanisan kejayaan.

kenapa terlalu cepat kita tersungkur. mengapa kita cuba menjadi kuat untuk sedikit masa saja lagi. mungkinkah jika kita terus bertahan kejayaan itu milik kita. kenapa terlalu cepat kita berhenti sedangkan kita hanya selangkah sahaja lagi menuju ke garisan penamat.

kata kata mungkin mudah untuk diungkap, tetapi mampukah kita untuk melaksanakannya. tanggungjawab adalah satu amanah yang terlalu berat.

biar apapun hidup harus diteruskan pengalaman tidak kiralah manis mahupun pahit menjadi sebahagian dari diri kita. pengalaman semalam ibarat panduan buat kita mencapai kejayaan di hari esok. setiap apa yang berlaku dan kita miliki amat bermakna walaupun kadang kala kita memandang ia sebagai sesuatu yang remeh.

nobody is a great everything but everybody is a something

Tuesday, April 13, 2010

part time.......misi baru bermula

misi baru bermula.........misi mencari kejer.....hahahahahah........banyak gak la yang aku pikir.....nak kejer apa ek.......memang nak kena cari kejer part time ni......skarang tgh pokai..maklumlah cuti.......duit rumah lagi, broadband lagi, bil tu letrik, bil air....macam macam lagilah.....tak cool lah kalau nak kena mintak dengan ma dan abah......baik kerjer dari duduk rumah buat taik mata dan habis kan beras......

ada la gak aku berangan nak kejer kat cafe ker kedai roti ker, kedai kek ker.....hahahahah....berangan lebih lebih......berangan jangan lebih lebih, sikit sikit cukup lah.....nanti berat tak larat nak pikul.........

fikirkan

Sering kali kita ni malu tak bertempat. Benda yang tak patut malu, kita malu. Tapi bila benda yang sepatutnya malu tak pernah pulak ada rasa segan silu bahkan rasa bangga la pulak. Sampaikan orang lain yang tolong malukan kita.

Cuba kita fikir, perlukah kita rasa malu kalau apa yang kita lakukan itu betul. Kenapa kita nak rasa malu. Perlukah kita rasa malu sekiranya apa yang kita lakukan bakal mengubah hidup kita dan mencipta kejayaan buat kita. Lainlah kalau kita tahu benda yang kita buat tu salah dan tidak bermoral. Yang tu memang patutlah rasa malu dan mintak mintaklah dijauhkan. Bukankah “berani kerana benar, takut kerana salah”. Selagi kita yakin kita dipihak yang benar teruskan. Andai dah memang nyata dan sah kita memang salah terimalah nasihat orang lain.

Diri kita ni kadang kadang ego tak bertempat. Susah nak terima nasihat orang. Jatuhlah maruah kita kalau tiba tiba ada orang menghampiri kita dan bagitahu yang kita ni salah. Tambahan pula orang tu pencapaian dia tak seberapa. Lainlah kalau orang tu kaya dan berpangkat . kenapa manusia ni memandang pangkat dan kekayaan seseorang. Adakah orang yang berpangkat dan kaya tu tak buat dosa dan salah. Tak ada orang yang sempurna dekat dunia ni. Jangan pandang rendah dekat orang lain, untung nasib seseorang ni Tuhan yang tentukan. Bukankah sekiranya kita menghina mereka yang kita rasakan lemah ataupun kurang upaya samalah seperti kita menghina ciptaan Tuhan yang maha agung.

Sanggupkah kita menanggung seksaan pedih api neraka disebabkan perbuatan kita. Time tu menyesal pun dah tak berguna. Sekiranya kita rasakan kita mampu menahan seksaan pedih api neraka teruskan dengan sikap sikap kita yang suka menghina orang. Tapi kalau kita tak berdaya nak bertahan cepat cepatlah bertaubat sementara masih berkesempatan. Ajal maut ditangan Tuhan. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin waktu tidur…..sorilah yer mati ni bukan nyer boleh tangguh tangguh macam kita ni yang suka bertangguh.

Saturday, April 10, 2010

surat khabar lama

hari ini dengan gumbira dan riang hatiny aku mengumunkan.......aku sudah jual paper lama......ingatkan boleh lah dapat 20 ke 30 ker.......rupa rupanya 5 ringgit jer....kedekut punya uncle......dah la banyak paper tu.......senang jer dia ukur......ukur pakai jari jer......knapa tak timbang uncle oiiiiiiii.........
ingatkan boleh lah melantak apa apa ker pakai duit tu......bayangkan 5 ringgit jer......huhuhu
apa apa pun hujung minggu yang boring.......ari ni main games jer......hehehehehehe......kurang asam......baca buku.......

Thursday, April 8, 2010

photo klasik aku

inilah insan terpenting dalam hidup aku. memperkenalkan.......ma dan abah. amboi romantik nyer......hheheheheeheheh......tak pe tak pe......makin tua makin romantik aku tengok


ni pulak gambar famili aku......tapi ada gak yang tak cukup......famili yang aku sayang....semua ada siti, che din , ain, kak na, anis.......



walamak ni zaman biler pulak ni......zaman sebelum merdeka ker......tapi cuba tengok selipar nyer tak kena langsung.....ni adik aku aus.......tunku abdul AUS



eh saper ni. menyibuk pulak dia. ini ler adik aku ipi. naik kapal jgn lupa bawak aku.......aku pon nak ikut....heheheheeh...tapi aku nak naik kapal persiaran bukan kapal minyak.



ini kalom aku. amboi sakan nyer main air tak ingat dunia. pegi tak bawak aku. siot betul. tak per ore ingat sampai esok........bak kata ain.


ini pulak kengkawan aku waktu spm dulu......sesama blajar kat smuapm.......ni time reunion. biler ler pulak kiter smua ni nak kumpul ramai ramai. semua dah busy. susah betul nak jumpa korang smua......

ingatan 1


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”

Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:

Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]

Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.

Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.

Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).

[2] Nukilan berpisah daripada Jami li Ahkam al-Qur’an, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 23 surah al-Isra’).

Wednesday, April 7, 2010

aku

semalam
hari ini
aku masih lagi bernyawa
syukur pada-Mu Tuhan
namun masih wujudkah hari esok untuk aku

Tuhan
aku banyak melakukan kesilapan
tak guna menyesal
perkara dah berlaku
apa patut aku lakukan
andai mampu aku putar kembali masa

Tuhan
aku membuat ramai orang marah
aku sedih
aku rasakan diri begitu tidak berguna
kalaulah aku mampu menjadi sebaik orang lain

Tuhan
adakah aku ini tidak tahu menghargai
hanya sedar apabila peluang di depan mata hilang
alangkah ruginya aku
tak guna kau bersedih

Saturday, April 3, 2010

aku ingin melihat langit itu lagi



tak tahu lah apa yang aku rasa...tetiba rasa cam nak pergi melancong...terasa macam nak pergi dekat satu tempat yang luas....tempat yang ada aku boleh lihat langit yang luas....padang ker....pulau ker...tempat yang nyaman....aku rasa macam nak bebas...
tentu seronok kan.....melancong beramai ramai....
aku rasa macam nak ketwa sepuas hati....sebenarnya aku rasa takut...perasaan aku berubah rubah....
rasa macam nak lari sekuat hati....
rasa macam nak menjerit...
rasa macam nak menangis....
kenapa aku rasa macam ni....
nak kata putus cinta.....putus cinta dengan sapa la pulak..
seronok nyer dapat pergi bercuti.....terasa nak tengik langit yang biru
teringat waktu tinggal dekat meranti.....
aku rasakan langit kat situ paling cantik....
suka betul bila tengok langit....
buat hati aku rasa gembira....
warnanya yang biru...betul betul menenangkan....
aku suka imagine awan menyerupai sesuatu
awan kan selalu berubah rubah
kadang kadang rupa macam muka manusia
macam kereta
macam macam lah lagi
seronok nyer
betul betul terasa nak baring atas padang yang luas pastu tengok awan puasa puasa
seronok nyer
at least aku boleh release tension
kepala pon tengah berserabut
sabar....sabar....sabar
pajam mata....cuba bayangkan...
aku berada dekat satu padang yang luas....dipenuhi dengan bunga bunga yang mekar....
bayangkan angin yang sempoi sempoi....
bayangkan betapa indahnya langit ketika itu.....
bayangkan betapa indahnya ciptaan Tuhan.....
pejam mata
cuba bayangkan....
wah.....
kalaulah aku mampu berada di situ.....
baguskan.....

ampuni aku

Dulu aku rasakan hidup ini mudah
Dulu aku bersemangat
Dulu aku percaya
Tiada yang mustahil
Dulu aku akan terus mencuba
Dan terus mencuba
Tiada istilah putus asa
Tapi kini
Segalanya hilang
Aku bukan lagi aku
Aku yang dulu sudah hilang
aku yang dulu hanya tinggal sejarah
kini aku rasakan segalanya gelap
hidupku umpama siang tanpa cahaya
aku melihat
tapi sebenarnya buta
aku mendengar
tapi sebenarnya pekak
aku ingin keluar dari ruang hidup ini
tapi aku kabur
dimana titik permulaan
aku sedih walaupun aku ketawa
aku menangis walaupun aku tersenyum
aku bukan harapkan harta berjuta
Cuma inginkan perasaan bahagia
Adakah bahagia itu wujud untuk aku
Ku harapkan
Pelangi yang indah akan muncul disebalik hatiku yang gundah
Aku inginkan rasa tenteram
Aku inginkan bahagia
Tuhan
Berikan aku rasa bahagia dan cinta-Mu
Aku mungkin pernah tersilap
Aku mungkin banyak melakukan dosa
Berilah aku peluang
Tuhan
Pada-Mu aku memohon
Pada-Mu aku meminta
Ampunilah hamba-Mu ini
Ampunilah aku

Saturday, March 27, 2010

apa itu kasih sayang ????

adakah kasih sayang mampu mengubah seseorang? indahnya hidup andai dunia ini dipenuhi kasih sayang.....adakah ini hanyalah angan angan aku.....aku percaya semua orang ingin disayangi....percayalah seseorang yang keras hati mampu dilembutkan dengan kasih sayang....dalam Islam sendiri kita semua perlu menerapkan nilai nilai kasih sayang....saling membantu, saling menyayangi......
pupuklah rasa sayang dalam diri kerana ia mampu mengembirakan kita...wujudnya kasih sayang membuatkan kita bahagia, membuatkan kita rasa disayangi . apa yang akan berlaku apabila kita gembira sudah tentulah banyak perkara yang positive akan hadir dalam hidup kita. yang susah akan menjadi senang. kita tidak akan rugi sebaliknya banyak perkara yang mengembirakan akan menghampiri kita.
sayangilah ibubapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat , sayangilah semua orang. kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. ia wujud dalam diri semua orang. ianya tidak perlu dibayar. sesiapapun mampu memilikinya. dengan kasih sayang kita akan lebih bersemangat untuk hidup. kita akan merasakan hidup kita lebih bermakna, kita juga tahu tujuan kita hidup.
percayalah kita tidak mampu hidup seorang diri. mampukah kita menanggung perasaan sunyi. tapi percayalah kasih sayang Allah itu ada bersama kita. carilah Ia. jangan nanti kita sendiri menyesal.
tidakkah kita akan merasa bahagia sekiranya mampu membahagiakan orang lain. tidakkah kita gembira melihat ibubapa kita tersenyum. senyuman seseorang tidak boleh dibeli. ianya lahir ikhlasa dari hati. senyuman mampu membuatkan kita gembira.
bersama samalah kita saling menyayangi dan memaafkan. semoga dunia ini akan dipenuhi dengan rasa kasih sayang.
Amin......

Monday, March 15, 2010

kesabaran penawar duka

lama betul tak menulis......dalam tempoh satu bulan banyak betul perkara yang berlaku.....setiap saat dan detik masa berlalu.....aku betu betul berterima kasih dekat ma, abah , kalom (famili aku).

aku rasa bahagia sebab aku memiliki mereka semua. aku tak dapat bayangkan hidup tanpa mereka dan aku sendiri tak sanggup membayangkan.
walaupun kadang kala kita nampak seseorang itu kuat....sebenarnya belum tentu ia betul betul kuat....semua orang ada perasaan...kenapa kita semua tidak boleh hidup dalam keadaan aman damai....kenapa perlu menyakitkan hati saudara lain...kita semua bersaudara.....jangan buat sesuatu yang menyakitkan dan menguris hati orang lain.....kenapa orang yang nampak lemah selalu dibuli....kenapa.....

sebenarnya pembuli tu yang lemah...pengecut...dan penakut. dia merasakan yang dirinya kuat.....tapi ketahuilah....dia sebenarnya takut....takut sekiranya orang lain membulinya. ia merasakan dirinya berkuasa. bongkaknya. lebih baik buat bodoh dan selamba jer dengan orang macam ni.....kalau dilayan kita jer yang sakit hati.....bukan dia yang tentukan kita masuk syurga taua neraka.....ingat matlamat kita nak masuk syurga.....banyakkan bersabar.

dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan
sungguh kamu tidak akan bertemu dengan sesuatau yang kamu sukai melainkan dengan kesabaran kamu terhadap sesuatu yang kamu benci

hadis ni abah dan ma sms time tu aku hampir hampir berputus asa. time tu aku rasakan dunia ni sangat gelap. seolah olah sudah tiada ruang lagi untuk aku. tapi keluarga lah yang banyak bagi support.

walau apa pun yang kita lakukan jangan sesekali mengecewakan ibubapa kita.....jadilah anak yang berguna....tiada ibubapa yang sanggup melihat anaknya menderita....ingatlah....mereka juga merasakan derita yang kita lalui...mereka juga sebenarnya menangis bersama kita..sanggupkah kita melihat ibubapa kita bersedih...gembirakan hati ibubapa kita.....





Tuesday, January 26, 2010

mengejar impian..

perlukah kita mengejar impian...walaupun ianya sukar untuk dicapai..
apakah impian??????????
perlukah impian dalam hidup ini.
kenapa....adakah semua orang memiliki impian...
aku....punya impian untuk dikejar...
aku sendiri ragu-ragu....
tidak tahu apa impian yang patut dikejar...
terasa kosong...seolah berjalan tanpa arah
kenapa
kenapa aku tiada impian
atau .....aku sebenarnya.... takut untuk menyatakan impian aku.....
hidup aku....
adakah aku sebenarnya tidak tahu siapa aku...
bersalahkah aku.....pada diri aku sendiri.....

Saturday, January 9, 2010

rindu ma abah.....rindu semua adik adik...


seingat aku last skali aku balik kampung raya haji...pahtu dah tak balik sampai la bukak sem baru...tu pun balik kejap jer....biasalah cari duit poket sikit.....rindu nyer nak balik...rindu sangat sangat dekat abah, ma, adik adik aku (ipi,aus,siti, che din, ain)......
rindu betul kat kampung.....kalau dah nama orang kampung...macam mana pun kampung akan tetap di hati.....kampung no 1.....
rindu betul masakan ma....setiap kali balik mesti suruh ma buat kuih...buat bubur...(bubur pulut hitam my favourite...sedap nyer...) ma memang chef no satu.....sedap nyer.....masakan ma semua sedap....tabik spring ar....bertuah abah dapat wife macam ma......
bila lagi nak balik ni...terpaksa lah aku tunggu raya cina ni....lambat nyer masa berlalu....rasa macam nak putar jer jam...
cepatlah masa berlalu.....aku dah tak sabar nak balik ni.....sekejap pun jadilah.....kelantan memang the best la.....

Thursday, January 7, 2010

secawan kopi.......


kopi sememang nyer minuman favourite aku....especially kopi hitam....nikmat nyer....balik kampung tak sah tak pekena kopi.....sememang nyer kat dunia ni ramai yang suka minum kopi....kopi ni senang jer nak dapat.....kat mana mana pun ada jual....pergi lah ke hujung dunia sekalipun...walaupun begitu ramai orang yang menyukainya....masih terdapat seorang insan yang memang tak suka kopi .....adik aku.....siti ler sapa lagi....memang pelik bin ajaib ler kalau dia minum kopi....tak cuba tak tahu.....
kopi ni ada banyak khasiat.....
  • kopi mengandungi anti oksidan yang jauh lebih baik dari buah dan sayur....(apa lagi mula lah minum kopi...)
  • kopi jugak baik untuk gigi.....jangan tak tahu asid klorogenik, asid nikotin dan trigonelin yang ada dalam kopi dapat mencegah bakteria atau lebih kurang anasir jahat ler dari melepak buang masa kat gigi kita seterus nyer dapat mengelak gigi berlubang...
  • berita gembira bagi wanita wanita yang meminum kopi....kopi dapat mencegah osteoporosis
  • kopi jugak boleh mengelakkan diabetis selain membuatkan badan tidak cepat letih
  • kafein yang terdapat dalam kopi membantu kita untuk berfikir dengan lebih cepat. oleh itu minum lah kopi dahulu sebelum memulakan kerja....ia bagus agar kita dapat memberi prestasi yang gempak....
  • kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan rasa gembira dan riang....sesiapa selalu rasa sedih dan moody jer cubalah minum kopi....mana tahu mood anda akan jadi lebih baik dan hari anda akan menjadi ceria...
  • kopi juga dapat meningkatkan penampilan mental dan menguatkan day ingatan....ada satu kajian yang dilakukan menunjukkan mereka yang minum kopi sebelum test memori menunjukkan prestasi yang lebih baik berbaning mereka yang minum kopi tanpa kafein....
kalau balik kampung aku suka minum kopi dengan roti bakar...roti tu letak majerin dan tabur gula pastu bakar...walamak mangancam ler.....apapun kopi boleh disediakan dalam banyak cara...kopi gula, kopi kosong,kopi susu....macam macam lagilah....

akhir sekali pesanan dari penaja
minumlah bercawan cawan kopi setiap hari untuk menceriakan hari anda

site visit bukit bintang

ni kiranya site visit pertama sem ni......site nyer dekat jer kat bukit bintang...dekat jer dengan low yat....site visit nyer belah petang so pagi tu pegi fac dulu sebab ada briefing sikit .....lepas briefing lebih kurang dalam kul 2 aku n kengkawan pun gerak .....ada yg naik kereta ada yang naik lrt dan monorel.....(aku tergolong dalam dua-dua...kereta dan monorel).....kita orang kena kumpul kat depat federal hotel dalam kul 2.30....aku naik kereta dengan sorang kawan aku.....kita orang silap jalan...tengok tengok jam dah pukul 2.30....waktu tu kita orang still lagi dok main pusing pusing kat area brickfield....waktu tu jam...(silap tak bawak roti)....so kawan aku yang bawak kereta ni drop kan kita orang kat monorel stesen....(dekat kl central.....sebenarnya lupa nama apa....teruk betul...) so aku and dua lagi kawan aku naik ler monorel ke bukit bintang.....(thanks Jong tumpangkan kereta.....jasamu akan sentiasa dikenang)....sampai kat bukit bintang kita orang terus gerak ke federal hotel..(walaupun kami sebenar nyer tak tahu federal hotel tu kat mana....jalan jer dan nasib baik jumpa). sampai sana, ramai dah ada and lecturer tengah bagi briefing....lepas briefing kita orang tinjau tinjau la keadaan kat situ dan sesi menangkap gambar pun bermula...habis segenap sudut kita orang jelajah....ada yang siap ukur-ukur lagi....

sini ada beberapa shot sekitar Bukit Bintang.....

Wednesday, January 6, 2010

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

RuMah SeWaKu Di LeLOng?????????


6 January 2010
Dekat depan pintu rumah sewa aku ada satu notis yg mengatakan rumah yg aku dan tiga lagi housemate aku duduk ni nak dilelong pada 18 january 2010....terkejut tahap gaban gak la bila baca notis tu.....dah ler elok elok jer dia tampal depan pintu rumah.mana ler kiter org nak cari rumah....
tuan rumah aku pon satu hal......tak cakap apa apa pun....kalau ler rumah tu elok ok la gak....dengan sinki nyer rosak....suruh baiki tak nak baiki.....tak bertanggungjawab betul....dah ler kita org ni belajar lagi.....tak bertamadun betul ler....
nak tak nak kita orang kena la cari bili.......sewa dah la mahal........masalah nyer sampai skarang tuan rumah tak cakap apa apa pun......

cute animals......just for fun









cantik itu indah
waktu tengah syok search terjumpa la haiwan haiwan yang cute lagi comel ni.....so ni kira nyer koleksi untuk tatapan masa hadapan....tengok benda benda yang comel dan cute ni boleh buat aku gembira dan hepi....yang marah pon boleh jadi tak marah.....sesiapa yang nak sihat dan hepi selalu, ringan ringan kan lah diri untuk ketawa. macam macam yang kita boleh buat untuk ketawa.
sebagai contoh tengok gambar atau video kelakar ker....tak pun dengar lawak jenaka ker....kalau kita tengok sekumpulan orang yang tengah ketawa kita boleh jer join sekaki....tak salah pun....tapi jangan lah pulak kita ketawakan orang...tu yang tak betul.....sebenarnyer ketawa bagus untuk kesihatan yang paling utama ianya free tak bayar nak bayar pun......


Tuesday, January 5, 2010

semua orang tak de.....

bosan sampai tak tahu nak buat apa....aku bukan penulis....so aku cuma tulis ikut apa yang aku rasa...aku buat blog ni saja jer....sebab tak nak membazir kertas...hahahahahah....
semua orang dah keluar.....bosan tahap ayam itik gak la duduk rumah sorang sorang ni.....sampai tak tahu nak buat apa....nak masak dapur tak ada(pandai ker masak)....so al kisah bin sebab banyak sangat masa free so aku buat la blog....tapi tak tahu nak tulis apa....puas aku fikir nak tulis apa....sampai berpeluh otak aku....
bila dah banyak sangat masa free ni mcam macm yang aku fikirkan....teringatkan zaman sekolah dulu.....time sekolah rasa nak masuk u....bila dah masuk u terasa la pulak nak kembali ke zaman sekolah....zaman sekolah memang best....bila dah masuk u ni semua orang dah buat hal masing masing....nama sekolah aku pon dah berubah dari smuapm ke maahad pasir mas (kalau aku tak silap)....lepas spm aku masuk matrik....kat pahang ....kmph.....dekat matrik semua org semangat belajar samalah waktu kat sekolah....maybe sebab matrik cuma stahun...tu yang seronok.....lepas matrik aku masuk u........so skarang tinggal 3 sem lagi....tak sabar-sabar nak graduate....pastu cari kejer......nanti boleh hantar duit dekat ma abah kat kampung......
aku ni sebelum tido suka la jugak pikir pikir macam mana nak jadi kaya.....sapa tak nak kaya.....tapi tak nak lah dengan cara yang salah....baik jadi kaya ikut cara kita sendiri dengan cara yang betul....baru syok....apa pun aku akan doakan buat diri aku dan semua orang supaya sentiasa gembira dan teruskan hidup dengan bermakna.....sebab tak ada apa yang perlu ditakutkan melainkan Tuhan.....