i'm searching for.........

Tuesday, January 26, 2010

mengejar impian..

perlukah kita mengejar impian...walaupun ianya sukar untuk dicapai..
apakah impian??????????
perlukah impian dalam hidup ini.
kenapa....adakah semua orang memiliki impian...
aku....punya impian untuk dikejar...
aku sendiri ragu-ragu....
tidak tahu apa impian yang patut dikejar...
terasa kosong...seolah berjalan tanpa arah
kenapa
kenapa aku tiada impian
atau .....aku sebenarnya.... takut untuk menyatakan impian aku.....
hidup aku....
adakah aku sebenarnya tidak tahu siapa aku...
bersalahkah aku.....pada diri aku sendiri.....

Saturday, January 9, 2010

rindu ma abah.....rindu semua adik adik...


seingat aku last skali aku balik kampung raya haji...pahtu dah tak balik sampai la bukak sem baru...tu pun balik kejap jer....biasalah cari duit poket sikit.....rindu nyer nak balik...rindu sangat sangat dekat abah, ma, adik adik aku (ipi,aus,siti, che din, ain)......
rindu betul kat kampung.....kalau dah nama orang kampung...macam mana pun kampung akan tetap di hati.....kampung no 1.....
rindu betul masakan ma....setiap kali balik mesti suruh ma buat kuih...buat bubur...(bubur pulut hitam my favourite...sedap nyer...) ma memang chef no satu.....sedap nyer.....masakan ma semua sedap....tabik spring ar....bertuah abah dapat wife macam ma......
bila lagi nak balik ni...terpaksa lah aku tunggu raya cina ni....lambat nyer masa berlalu....rasa macam nak putar jer jam...
cepatlah masa berlalu.....aku dah tak sabar nak balik ni.....sekejap pun jadilah.....kelantan memang the best la.....

Thursday, January 7, 2010

secawan kopi.......


kopi sememang nyer minuman favourite aku....especially kopi hitam....nikmat nyer....balik kampung tak sah tak pekena kopi.....sememang nyer kat dunia ni ramai yang suka minum kopi....kopi ni senang jer nak dapat.....kat mana mana pun ada jual....pergi lah ke hujung dunia sekalipun...walaupun begitu ramai orang yang menyukainya....masih terdapat seorang insan yang memang tak suka kopi .....adik aku.....siti ler sapa lagi....memang pelik bin ajaib ler kalau dia minum kopi....tak cuba tak tahu.....
kopi ni ada banyak khasiat.....
  • kopi mengandungi anti oksidan yang jauh lebih baik dari buah dan sayur....(apa lagi mula lah minum kopi...)
  • kopi jugak baik untuk gigi.....jangan tak tahu asid klorogenik, asid nikotin dan trigonelin yang ada dalam kopi dapat mencegah bakteria atau lebih kurang anasir jahat ler dari melepak buang masa kat gigi kita seterus nyer dapat mengelak gigi berlubang...
  • berita gembira bagi wanita wanita yang meminum kopi....kopi dapat mencegah osteoporosis
  • kopi jugak boleh mengelakkan diabetis selain membuatkan badan tidak cepat letih
  • kafein yang terdapat dalam kopi membantu kita untuk berfikir dengan lebih cepat. oleh itu minum lah kopi dahulu sebelum memulakan kerja....ia bagus agar kita dapat memberi prestasi yang gempak....
  • kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan rasa gembira dan riang....sesiapa selalu rasa sedih dan moody jer cubalah minum kopi....mana tahu mood anda akan jadi lebih baik dan hari anda akan menjadi ceria...
  • kopi juga dapat meningkatkan penampilan mental dan menguatkan day ingatan....ada satu kajian yang dilakukan menunjukkan mereka yang minum kopi sebelum test memori menunjukkan prestasi yang lebih baik berbaning mereka yang minum kopi tanpa kafein....
kalau balik kampung aku suka minum kopi dengan roti bakar...roti tu letak majerin dan tabur gula pastu bakar...walamak mangancam ler.....apapun kopi boleh disediakan dalam banyak cara...kopi gula, kopi kosong,kopi susu....macam macam lagilah....

akhir sekali pesanan dari penaja
minumlah bercawan cawan kopi setiap hari untuk menceriakan hari anda

site visit bukit bintang

ni kiranya site visit pertama sem ni......site nyer dekat jer kat bukit bintang...dekat jer dengan low yat....site visit nyer belah petang so pagi tu pegi fac dulu sebab ada briefing sikit .....lepas briefing lebih kurang dalam kul 2 aku n kengkawan pun gerak .....ada yg naik kereta ada yang naik lrt dan monorel.....(aku tergolong dalam dua-dua...kereta dan monorel).....kita orang kena kumpul kat depat federal hotel dalam kul 2.30....aku naik kereta dengan sorang kawan aku.....kita orang silap jalan...tengok tengok jam dah pukul 2.30....waktu tu kita orang still lagi dok main pusing pusing kat area brickfield....waktu tu jam...(silap tak bawak roti)....so kawan aku yang bawak kereta ni drop kan kita orang kat monorel stesen....(dekat kl central.....sebenarnya lupa nama apa....teruk betul...) so aku and dua lagi kawan aku naik ler monorel ke bukit bintang.....(thanks Jong tumpangkan kereta.....jasamu akan sentiasa dikenang)....sampai kat bukit bintang kita orang terus gerak ke federal hotel..(walaupun kami sebenar nyer tak tahu federal hotel tu kat mana....jalan jer dan nasib baik jumpa). sampai sana, ramai dah ada and lecturer tengah bagi briefing....lepas briefing kita orang tinjau tinjau la keadaan kat situ dan sesi menangkap gambar pun bermula...habis segenap sudut kita orang jelajah....ada yang siap ukur-ukur lagi....

sini ada beberapa shot sekitar Bukit Bintang.....

Wednesday, January 6, 2010

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

RuMah SeWaKu Di LeLOng?????????


6 January 2010
Dekat depan pintu rumah sewa aku ada satu notis yg mengatakan rumah yg aku dan tiga lagi housemate aku duduk ni nak dilelong pada 18 january 2010....terkejut tahap gaban gak la bila baca notis tu.....dah ler elok elok jer dia tampal depan pintu rumah.mana ler kiter org nak cari rumah....
tuan rumah aku pon satu hal......tak cakap apa apa pun....kalau ler rumah tu elok ok la gak....dengan sinki nyer rosak....suruh baiki tak nak baiki.....tak bertanggungjawab betul....dah ler kita org ni belajar lagi.....tak bertamadun betul ler....
nak tak nak kita orang kena la cari bili.......sewa dah la mahal........masalah nyer sampai skarang tuan rumah tak cakap apa apa pun......

cute animals......just for fun









cantik itu indah
waktu tengah syok search terjumpa la haiwan haiwan yang cute lagi comel ni.....so ni kira nyer koleksi untuk tatapan masa hadapan....tengok benda benda yang comel dan cute ni boleh buat aku gembira dan hepi....yang marah pon boleh jadi tak marah.....sesiapa yang nak sihat dan hepi selalu, ringan ringan kan lah diri untuk ketawa. macam macam yang kita boleh buat untuk ketawa.
sebagai contoh tengok gambar atau video kelakar ker....tak pun dengar lawak jenaka ker....kalau kita tengok sekumpulan orang yang tengah ketawa kita boleh jer join sekaki....tak salah pun....tapi jangan lah pulak kita ketawakan orang...tu yang tak betul.....sebenarnyer ketawa bagus untuk kesihatan yang paling utama ianya free tak bayar nak bayar pun......


Tuesday, January 5, 2010

semua orang tak de.....

bosan sampai tak tahu nak buat apa....aku bukan penulis....so aku cuma tulis ikut apa yang aku rasa...aku buat blog ni saja jer....sebab tak nak membazir kertas...hahahahahah....
semua orang dah keluar.....bosan tahap ayam itik gak la duduk rumah sorang sorang ni.....sampai tak tahu nak buat apa....nak masak dapur tak ada(pandai ker masak)....so al kisah bin sebab banyak sangat masa free so aku buat la blog....tapi tak tahu nak tulis apa....puas aku fikir nak tulis apa....sampai berpeluh otak aku....
bila dah banyak sangat masa free ni mcam macm yang aku fikirkan....teringatkan zaman sekolah dulu.....time sekolah rasa nak masuk u....bila dah masuk u terasa la pulak nak kembali ke zaman sekolah....zaman sekolah memang best....bila dah masuk u ni semua orang dah buat hal masing masing....nama sekolah aku pon dah berubah dari smuapm ke maahad pasir mas (kalau aku tak silap)....lepas spm aku masuk matrik....kat pahang ....kmph.....dekat matrik semua org semangat belajar samalah waktu kat sekolah....maybe sebab matrik cuma stahun...tu yang seronok.....lepas matrik aku masuk u........so skarang tinggal 3 sem lagi....tak sabar-sabar nak graduate....pastu cari kejer......nanti boleh hantar duit dekat ma abah kat kampung......
aku ni sebelum tido suka la jugak pikir pikir macam mana nak jadi kaya.....sapa tak nak kaya.....tapi tak nak lah dengan cara yang salah....baik jadi kaya ikut cara kita sendiri dengan cara yang betul....baru syok....apa pun aku akan doakan buat diri aku dan semua orang supaya sentiasa gembira dan teruskan hidup dengan bermakna.....sebab tak ada apa yang perlu ditakutkan melainkan Tuhan.....