i'm searching for.........

Tuesday, April 13, 2010

fikirkan

Sering kali kita ni malu tak bertempat. Benda yang tak patut malu, kita malu. Tapi bila benda yang sepatutnya malu tak pernah pulak ada rasa segan silu bahkan rasa bangga la pulak. Sampaikan orang lain yang tolong malukan kita.

Cuba kita fikir, perlukah kita rasa malu kalau apa yang kita lakukan itu betul. Kenapa kita nak rasa malu. Perlukah kita rasa malu sekiranya apa yang kita lakukan bakal mengubah hidup kita dan mencipta kejayaan buat kita. Lainlah kalau kita tahu benda yang kita buat tu salah dan tidak bermoral. Yang tu memang patutlah rasa malu dan mintak mintaklah dijauhkan. Bukankah “berani kerana benar, takut kerana salah”. Selagi kita yakin kita dipihak yang benar teruskan. Andai dah memang nyata dan sah kita memang salah terimalah nasihat orang lain.

Diri kita ni kadang kadang ego tak bertempat. Susah nak terima nasihat orang. Jatuhlah maruah kita kalau tiba tiba ada orang menghampiri kita dan bagitahu yang kita ni salah. Tambahan pula orang tu pencapaian dia tak seberapa. Lainlah kalau orang tu kaya dan berpangkat . kenapa manusia ni memandang pangkat dan kekayaan seseorang. Adakah orang yang berpangkat dan kaya tu tak buat dosa dan salah. Tak ada orang yang sempurna dekat dunia ni. Jangan pandang rendah dekat orang lain, untung nasib seseorang ni Tuhan yang tentukan. Bukankah sekiranya kita menghina mereka yang kita rasakan lemah ataupun kurang upaya samalah seperti kita menghina ciptaan Tuhan yang maha agung.

Sanggupkah kita menanggung seksaan pedih api neraka disebabkan perbuatan kita. Time tu menyesal pun dah tak berguna. Sekiranya kita rasakan kita mampu menahan seksaan pedih api neraka teruskan dengan sikap sikap kita yang suka menghina orang. Tapi kalau kita tak berdaya nak bertahan cepat cepatlah bertaubat sementara masih berkesempatan. Ajal maut ditangan Tuhan. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin waktu tidur…..sorilah yer mati ni bukan nyer boleh tangguh tangguh macam kita ni yang suka bertangguh.

No comments:

Post a Comment